Mengenai Kami

Kisah Doktor Muda SKSB

  • Ditubuhkan pada : 16 Feb 2009
  • Bil ahli : 40 orang murid (tahun 5 dan 6)
  • Guru Penasihat : 3 orang
  • Pelancaran Oleh: Dr. Aniza bt Abdullah (Pegawai Perubatan Kinik Kesihatan Meru)
Objektif program ini adalah untuk:
  1. Memperkasakan pelajar sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya dapat meningkatkan tarafkesihatan diri dan rakan-rakan.
  2. Membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. 
  3. Membolehkan pelajar menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah amalan hidup sihat.
  4.  Membolehkan pelajar membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah. 
  5. Memperkukuhkan penglibatanguru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar. 
  6. Menggalakkan ibu bapa /penjaga supaya member perhatian wajar kepada kesihatan pelajar. 
  7. Meningkatkan usahasama antara Jabatan Kesihatan dengan jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan yang baik di kalangan pelajar.  
Masyarakat Meru di daerah Klang sudah mengenali Doktor Muda SK Sungai Binjai kerana telah bersama-sama menjalani aktiviti komuniti setempat untuk pelbagai permasalahan berkaitan dengan kesihatan dan juga kawalan penyakit yang melibatkan komuniti setempat seperti Projek Taman Angkat, Kempen Membasmi Denggi, dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment